tHe eNd iS nEaR

November 15th, 2007 by mazumir

knock! knock! bunyi pintu diketuk… ye masuk… encik tahu skang ni dah bulan sebelas. hah! ye ke?

lorr….lagi sebulan tamat la riwayat contract aku kat media prima @ tv3… hohoho.. tak tahu la nak continue or dapat extend aku nyer contract. tengok pada boss jugak. pape pun media prima @ tv3 banyak ngajor aku nih.. dari jadi baik dan semi baik dalam cara bekerja ngan semua jenis orang. dari yang baik hati betul betul dan buat buat baik hati kat depan tapi sebenarnya memakai topeng seakan bandi amuk tu. manusia yang bermuka muka! sungguh durjana kamu.

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bekerja. pape pun moga tahun 2008 makin bermakna buat aku. amin…

Bookmark and Share

mEtiCuLoUsLy gRaDuaTeD…

May 30th, 2007 by mazumir

yup.. dah grad and dah konvo pun last 27 of may.. huhu.. ramai yang ada.. jumpa kawan kawan lama balik.. ada yang keje ada yang tak.. yang dapat anugerah TNC pun ada juga yang tak keje lagi.. dapat je anugerah hebat dari UiTM.. tapi keje haram.. tengah mencari pun ada… dah berapa bulan dah kami tamat belajar.. keje tak mandang pun.. mungkin hebat di bidang akademik.. tapi di bidang pekerjaan orang yang dapat gred kurang dari depa tu lebih murah rezekinya… amin….

nak guna kuasa ayah atau emak di bidang korporat atau institusi kerajaan bagi kami jauh sekali.. hanya dengan usaha sendiri.. lain la if abah aku CEO company besar kan..

lepas konvo semua hilang.. ntah mana… sibuk dengan keluarga yang datang sekali barangkali.. berapa kerat je yang aku jumpa… ntah bila dapat jumpa lagi.. pasti cerita yang lain plak jika kesempatan berjumpa semula datang…  tapi yang penting aku dah grad… lalalala… usaha keras setelah sekian lama berhasil… sabar dan tabah.. tulatu.. merasa jugak konvo… :P grad dengan boleh dikatakan baik juga… dengan orang yang selalu dekat di hati… huhuhu…

buat semua tahniah… bila dapat lagi berjumpa dengan kalian kan? semoga dimurahkan rezeki untuk mendapatkan kerja yang lebih baik dan gaji yang lebih besar… amin!

Bookmark and Share

ciS sEmALaM!

March 22nd, 2007 by mazumir

dah la aku kena harass ngan chi sambil suraya borhan tengok je. memang chi jahat nak amik phone aku tu. jenuh jugak la nak rebut phone aku yang memang dah uzur tu. chi memang saiko. nak tahu shokola tu sapa sampai sanggup mengenakan daya kekerasan kat atas aku yang lemah lagi tak bermaya time tu. chi memang agresif. sampai thumb drive aku hilang sekali. cis! semalam.

pagi tu kunci moto aku keciciran. cis! semalam memang menguji. cicir kat uitm di hatiku sewaktu berurusan dengan pejabat pos dan bahagian kemasukan & rekod pelajar (konvokesyen). tahu tahu nak amik helmet motor kunci dah tiada kat dalam poket seluar aku. aku kena balik ke umah seksyen 2 amik kunci spare. mujur ada kunci spare. cis! semalam.

kat ofis plaks time sound dub bole pulak terlepas satu block carta lagu muzik muzik. nombor 7 tak de. tahu tahu terus melompat ke tangga 8 ke tangga 6. memang salah aku. terpotong time wat offline kat avid newscutter pro tu. cis! semalam.

cis! semalam. dah la pagi tu aku mimpi ada orang nak bunuh aku. dua orang yang cuba nak bunuh aku yang sedang menyorok kat dalam semak. tak tahu ending mimpi tu macam ne. sebab aku terjaga dari tidur.

lebih cis! semalam sekali lagi shokola kehilangan kad maybank dia. sudah masuk kali kedua kad maybank dia hilang. tulatu. cis! semalam lah. shokola takmo bersedih & bengang tau. i sayang u je.

buat chi teruskan saiko kau. seperti mencurahkan air ludah ke daun keladi takkan basah daun tu. ibarat anjing menyalak bukit takkan runtuh bukit tu kecuali bukit kat putrajaya je yang mungkin boleh runtuh.

papepun memang cis! semalam.

Bookmark and Share

heH?! Lu dAh 31 TaHun?

March 5th, 2007 by mazumir

wah!? lu dah tiga puluh satu tahun zumir?

biar benar?

ye 31 tahun. nape? tak caya ker?

tula. aku tengok kau macam 27 je.

huhuhu. ye ke 27?

hahaha. tak la. rupa kau macam bapak orang je aku tengok.

pape pun selamat hari ulang tahun buat kau… semoga panjang umur… dimurahkan rezeki & dicepatkan jodoh… amin

thanks to shokola sho, thislipneverlie, sofia the sofi for the early birthday wish. love you all.

mwahs
xoxo

Bookmark and Share

iROnY…

February 16th, 2007 by mazumir

sudah jatuh ditimpa tangga… ke sudah jatuh ditimpa escalator… ntah… mana mana pun boleh… bidalan orang lama dengan orang baru ada banyak bezanya… bidalan orang baru tak sehebat bidalan orang lama… mungkin orang lama itu berfikiran mengambil unsur unsur sekeliling mereka pada zaman bidalan itu dibuat… barangkali… dalam dunia kontemporari sekarang ini banyak kata kata bidalan moden yang muncul… orang moden barangkali banyak loyar buruknya… takde unsur estetika dalam pembikinan bidalan yang betul betul jitu dan padat maksudnya…

sudahlah sim kad supplementary aku diblock penggunaannya… kami jauh… tak tahu pula sampai jadi begitu… ingatkan sekadar mendaftar nombor SAHAJA… selepas keluar dari gerai makan kat usj 4 setelah selesai dengan urusan salah satu telco kat situ… ray ban chromax abah aku pula pecah lensanya jatuh terhempas ke jalan raya… mungkin sudah sampai ajal lensa ray ban tu… barangkali… mencari spare part lense itu pun bukan mudah sekarang ni.. rare kata tokey kedai cermin mata tu.. ye chromax model aku yang pecah tu memang dah tak de lagi kat pasaran… ralatnyer..

lepas kutip lensa yang pecah terbelah dua kat atas jalan tu… hujan turun… renyai renyai… seperti menangisi pemergian lensa rare chromax tu… cis… badigol sood betul lah…

apa je yang menjadi hikmah di sebalik kejadian sebegitu… tunggu aje akan kemunculan… hikmah itu… amin… yang datang akan pergi… yang hilang kan berganti yang patah kan tumbuh semula… tapi lensa ray ban chormax abah aku dah pecah dan tak akan ada pengganti… tulatu… memang cis!

Bookmark and Share

aCt Of GoD

February 13th, 2007 by mazumir

kata komposer tu lagu tu tak patot menang… lagu tu bukan lagu soul skang ni. orang dah tak dengar lagi dah lagu macam tu… seorang keyboardist yang cipta lagu macam tu… tambah seorang lagi komposer terer tu… j*dg** suckers of those kind of songs kata dia lagi… memang kots… music preference golongan itu…

ye ker? mungkin lar… tapi muzik seperti itu masih ada pengikutnya… mariah carey tak buat lagu macam tu lagi dah.. zaman lagu macam tu dah abis.. memang pun… skang ni orang cipta lagu.. dengan mengikut arus ke depan… bukan arus ke belakang… tiada orang yang menolak pembangunan… tapi masih ada segelintir yang memang suka berada di tahap yang lama… melankolik…

barangkali komposer muda meluat dengan lagu akak akak yang banyak di pasaran sekarang… lagu yang mencerminka jiwa muda mereka tiada yang benar benar memenangi hati juri dan pendengar… act of god kata mereka…

perjuangan apa yang disampaikan dalam lagu tu… tak de manifestasi langsung… kata komposer berambut paras bahu itu lagi… cuba dengar betul betul lagu ayob ibrahim tu… lagu tu memang jelas perjuangan anti peperangan… macam tu yang kita nak…

papepun itulah sedikit sebanyak sembang sembang antara aku dan komposer tempoh hari…. menarik dan banyak yang boleh difikirkan… idea mereka bagus… gembira bersama mereka pada petang itu…

kepada komposer komposer muda… teruskan berkarya… semoga perjuangan kalian berhasil dengan jayanya… amin…

Bookmark and Share

wHaT tHe fcUk!

February 1st, 2007 by mazumir

katanya aku mendapat kerja di TV3 media prima berhad melalui contactnya. cis! aku usahakan kerja aku sendiri kat TV3 itu. selepas pergi berchit chat dengan salah seorang ibu yang cantik di BBDO damansara petang khamis itu bersama klasmate aku elyas si anak askar itu singgah di media prima berhad ‘mendropkan’ resume aku kat post guard TV3 itu. setel keje. kami pulang dengan gembira.

pagi jumaat sewaktu aku berada di coca cola malaysia far east limited di seksyen 26 itu ex boss aku kat entertainment TV3 encik fadzliniza hj zakaria telefon aku. siap offer keje & siap tanya bila bleh start keje. aku kata dalam tahun baru. nah!! sekarang.. aku bekerja dengan TV3. baru hendak masuk sebulan. cis! bedebah betul. bila masa aku guna kontact DIA kat TV3 tu. ‘tolonggggglarr…’ bak kata wong mae yong PA encik fadzliniza hj. zakaria setiap kali kami buat bising kat esr… dah la bagi si rasul aka feizal tu B+ tuk advertising management. aku, yus n hazry dapat B je. cis… lagi bertambah cis… la KP!

barangkali penipu. manipulator. opportunist. ‘mat bejau’ seperti kata dia di dalam kelas aku pada mereka yang suka memberi alasan dan membuat cerita kosong. dia amat benci pada ‘mat bejau’ tup tup tup rupanya KP aku pun salah seorang ‘mat bejau’ sedap tekak KP aku cerita kat ijat yang aku kerja kat TV3 tu melalui sokongan dia. mujur la ijat tahu aku dapat keje kat TV3 itu dengan hasil usaha aku sendiri. bukan dengan hasil sokongan dia.

buat KP aku. maaf lah. aku cuma meluahkan apa yang benar. bukan bermakna nak marah atau membenci diri kau. barangkali respect aku pada kau sudah mula berkurangan. hmm.. barangkali… bercakap dengan fakta bukan dengan ‘fuckta’ dan auta encik KP. barangkali nyanyuk.. mungkin senile and penile KP aku itu.

maaf zahir batin.

Bookmark and Share

dALaM KenAngAn

January 29th, 2007 by mazumir

ups & downs kata shokola sho tempoh hari… harimau mati meninggalkan belang.. shokola sho pergi meninggalkan kenangan…

perot lapar time ni… keje tak de nak kena buat… tapi aku dah balik
umah pun.. huhuhu. tak bertimbang rasa betol AP ni… baru tadi dapat
tempat n meja baru. yay! bleh letak gambar n decorate ngan apa yang aku
suka nanti… amin… join ngan team muzik muzik aku… hmm… macam
tak buat muzik muzik je aku tahun ni… tulatu…

shokola sho pergi meninggalkan bayang tuk aku ekori setiap waktu dan masa. rindu. hmm.. sedih mengenangkan keadaan. perlu ker bersedih selalu? melankolik seperti kata m.nasir tempoh hari sewaktu bertemu dengan dia kat opis dalam sesi temuramah untuk muzik muzik… suckers of sad & sad song. kata dia lagi… dalam maksud dia tu.. sendiri paham la.. kembali kepada kami..  kami bersemangat nak teruskan hidup.. amin…

shokola sho.. i heart u.. so much

Bookmark and Share

mY sPiRiT is HiGh

January 22nd, 2007 by mazumir

ajl 21 acara yang bermakna buat aku sebagai seorang tenaga produksi di belakang tabir acara gemilang malam 21 januari 2007. selama tiga minggu sebagai staff baru kat esr. masuk je first day keje aku dah di assign kat main team ajl 21. hahaha. tekejot la jugak tetiba je dapat position tu.

utk ajl 21 aku ditugaskan tuk menjaga ‘compere’ aka host malam ajl tu nanti. ally, cheryl dan fara fauzana. amat senang menjaga mereka bertiga tu. mereka adalah professional dan bersemangat. bagus. aku suka bekerja dengan mereka. ke mana sahaja mereka pergi aku perlu ikut. segala skrip, kedudukan mereka kat atas tu aku mesti pastikan berada di kedudukan yang betul. bak kata lain kira aku la PA depa malam tu. air dan segala aneka benda yang mereka mahu aku perlu berikan. mujurlah ada sorang pembantu aku budak UiTM yang datang buat final sem projek tolong aku. dia banyak juga membantu aku dalam menguruskan ally, cheryl dan fara tu.

producer kak boboy dan assistant producer kak yong pun baik. abang sebagai main PA pun bagus juga. beri aku tunjuk ajar sepanjang ajl 21 ni. pape pun aku suka. walaupun penat dan tak cukup tido aku suka je. huhuhu. dalam sibu bekerja siang dan malam tu. aku teringat dan terasa kehilangan kepada seseorang. orang itu berada di hati aku setiap masa. hmmm.. jiwang la plaks aku ni.. huhuhu.

thanks to my shokola sho for her support love u.  thanks to everyone in esr tv3 as well.

Bookmark and Share

D-Day. mAtChMaKeR pRoJecT. pILihAn hATiKu

November 30th, 2006 by mazumir

D-Day

the day was fine. the skies are blue. no rain or banjir kilat and whatsoever in this bolehland country. the bird still in the nest. resting or mating. perhaps. only insect. a small insect like me flying low that day. a bit nervous and yet far away with real life. perhaps. the moment of truth is here. is now. where and when to start if i hesitate and doing nothing? me with my fren the bug. the bug was free that day. he offered me the guidance. no i shall put it the tips and the ride to that heavenly place. yup. i shall put it a heavenly place. why? cos i like the place. the environment. the smell. the angels. i didn’t see the devils. maybe the devils are still in the den and lair. waiting to wallop and eat a small insect like me. perhaps. the day before that. said the big. a very big bug. i named him ladybird. he said. colour was important. visual. contrast. what is keluar from your mouth will show how isi kepala you got inside. be confident. added the ladybird. why? cos confident will make people see you. keep logical thinking remind the ladybird again. see the real you. not timid and gagap. the day before that. there was one angelfish. called me. asked me. whether im ready to mess my kepala hotak. so with the angelfish influence and aura. he asked me to email my resume. got one place empty for me. fresh graduate. yup. i take the offer. I DO. the angelfish prominent name he is. after that prestigious kancil award. he was one of the honoured winners. my fren the bug also was in those honoured winners. somebody from uitm is now on their turf. the angelfish only remind me to be friendly. i did as i can during the chat session with a pretty butterfly.  friendly i am and warm and energetic response she gave me. :D i have to wait just one week. whether im kaputt or sehr gut to be there. to be in the heavenly place. the place where i will learn more. tough. and pain in the ass situation. its life. real life. the process aren’t not difficult and complicated as you see. added the beautiful butterfly. chat session with the mood of santai with a cup of nescafe on the table. yes. the day was fine. the day when i was in BBDO for an interview for the post of ACCOUNT EXECUTIVE. GOD BLESS THEM NOT AMERICA IE THE LADYBIRD. THE BUG. THE ANGELFISH AND THE BEAUTIFUL BUTTERFLY. THE MAKCIK WHO MADE ME A NICE NESCAFE BACK IN BBDO. THE 1st ONE AND PEOPLE WHO ENCOURAGED ME DIRECTLY AND INDIRECTLY RESPECTIVELY. OPPSS… ESPECIALLY TO MY BELOVED SAYANG AKA PRINCESS MEROYAN TU.

Director’s Note: no insects. animals were harm during the making of this interview session.

MatchMaker Project

the project is silent. private and disguise. conceal. camouflage. covert operation. two and a half day project or not more than that if the quota is achieved. whichever comes first. seek and reward. the project by the world largest soft drink manufacturer. tend to be fictitious. im in the project at the moment. will seize the day. will seize the reward. nyum nyum.

Director’s Note: this project is illegal in nature. try to be smart on it. to cover up thing. all the best.

Pilihan Hatiku

+6000. dah abis belajar? dah. bulan may tahun depan konvo. bila kau boleh start. tahun depan. nak rehat rehat dulu. skang ada jugak antar resume kat tempat lain. kat mana? advertising agency. tengah tunggu jawapan. okay. if tak dapat. kau call aku. end of conversation.

Director’s Note: so many opportunities arise. yet only the best will remain. think hard. the one that could prove to be worthwhile.

Bookmark and Share